Friday

..kepala pusing..

1minggu ciapkan asigmnt laman web, akhirnya ciap jgk..
walaupun penat tapi puas hati sbb berjaya explore cara2 na upload web...huhuhuu
hasilnya adalah....

http://www.hyuerikumiko.webs.com/

jenguk2 la yew...hehehe:-)

baru na bergiat ngan website katakan...excited:p

Thursday

PEREMPUAN MMG BEGINI ;))

     Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

     Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lema...h, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.  

     Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.  

     Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.  

     Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.  

     Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
    
     Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

     Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.  

     Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.  

     Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.  

     Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.  
     Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
 
     Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

 
  mengertilah walau ta bnyk

Friday

enjoy aje

hari ni sepatutnya menggembirakan semua orang termasuklah aku kerana kami dapat sama-sama berkumpul beramai-ramai menikmati makanan lazat yang disediakan sambil bergurau senda antara satu sama lain. tetapi, keadaan ini hampir-hampir hendak bertukar menjadi kejadian yang tidak diinginkan.
pelik betul aku, tak boleh ke bersikap sporting sikit dalam menangani hal-hal seperti ini. nasib baik jugak la tahap kesabaran aku ni tinggi, kalau tak mau je tangan aku ni nak naik...heheee:)
mana taknya, aku yang tak buat apa-apa ni tak pasal-pasal plak aku yang kena...sape x panas oii. dah la mangsa keganasan pown kena kt aku, mangsa pembalasan pown aku jgk yang kena..mmg agak melampau la kn!!
tapi xpe, aku anggap itu semua hanyalah gurauan semata-mata. sebab kita semua kawan, jd xpyh la nk besar-besarkan citer kn.

apa-apa pown, aku enjoy ngan korang semua semalam...thanks guys..

Sunday

LANGKAH TERCIPTA

Langkah Tercipta



Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu 

Langkah Tercipta-Unic
~bs1314~

Monday

Hati yang Lembut menjadi Keras

kepercayaan....
apabila kepercayaan yang diberi telah dikhianati, yang baik akan bertukar menjadi buruk, yang manis bertukar menjadi pahit dan yang putih akan bertukar menjadi hitam.

keikhlasan....
apabila keikhlasan diragui, kecurangan dan penipuan akan mula bermaharajalela.

&

kejujuran....
apabila tiada kejujuran didalam sesebuah perhubungan, bolehkah hubungan itu diteruskan???

ketiga-tiga ini amat penting dalam menjayakan sesebuah hubungan

terfikirkah anda bahawa ketiga-tiga aspek ini amat penting dalam diri seseorang sebelum memulakan langkah ke arah sesuatu perhubungan??

ap gunanya sebuah perhubungan jika tiada kepercayaan diberikan..bagaimanakah anda akan berhadapan dengan rakan anda jika setiap kata-kata yang dilontarkan olehnya sedikit pun tidak diambil peduli oleh anda? cubalah untuk mengerti nilai sebuah persahabatan dengan mempercayai kata-kata yang terluah oleh rakan dan berilah kesempatan kepadanya untuk perbetulkan setiap perbuatan tidak elok yang telah dilakukan.

ikhlaskah anda menerima seseorang itu dalam hidup anda?? persoalan ini hanya akan dapat dijawab oleh diri anda sendiri. keikhlasan akan dapat dibuktikan melalui sejauh manakah penerimaan anda terhadap rakan anda, sejauh mana anda dapat melayan kerenah mereka dan sejauh mana anda boleh membimbing mereka kearah yang lebih baik. jangan terus menghukum tanpa sebarang penjelasan dan jangan jadikan rakan sebagai musuh kerana ianya teramatlah menyakitkan.

kejujuran perlu dititikberatkan demi keberhasilan sesebuah perhubungan. berterus-terang dengan setiap perkara yang mendatangkan rasa tidak puas anda terhadap rakan. walau sebesar dan seteruk mana permasalahan itu, kedua-dua belah pihak perlu tahu akan silap masing-masing. jangan hiraukan penerimaan terlebih dahulu kerana masalah tidak akan dapat diselesaikan dengan berdiam diri sahaja, bahkan boleh menyukarkan lagi keadaan kerana berkemungkinan akan menyebabkan salah faham. oleh itu, bertindak bijaklah sebelum membuat keputusan.

fikir-fikir dan renung-renungkanlah diri anda...

...LOVE U MY FRENDS...

sekian...
wassalam......bs1314