Sunday

LANGKAH TERCIPTA

Langkah Tercipta



Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu 

Langkah Tercipta-Unic
~bs1314~

Monday

Hati yang Lembut menjadi Keras

kepercayaan....
apabila kepercayaan yang diberi telah dikhianati, yang baik akan bertukar menjadi buruk, yang manis bertukar menjadi pahit dan yang putih akan bertukar menjadi hitam.

keikhlasan....
apabila keikhlasan diragui, kecurangan dan penipuan akan mula bermaharajalela.

&

kejujuran....
apabila tiada kejujuran didalam sesebuah perhubungan, bolehkah hubungan itu diteruskan???

ketiga-tiga ini amat penting dalam menjayakan sesebuah hubungan

terfikirkah anda bahawa ketiga-tiga aspek ini amat penting dalam diri seseorang sebelum memulakan langkah ke arah sesuatu perhubungan??

ap gunanya sebuah perhubungan jika tiada kepercayaan diberikan..bagaimanakah anda akan berhadapan dengan rakan anda jika setiap kata-kata yang dilontarkan olehnya sedikit pun tidak diambil peduli oleh anda? cubalah untuk mengerti nilai sebuah persahabatan dengan mempercayai kata-kata yang terluah oleh rakan dan berilah kesempatan kepadanya untuk perbetulkan setiap perbuatan tidak elok yang telah dilakukan.

ikhlaskah anda menerima seseorang itu dalam hidup anda?? persoalan ini hanya akan dapat dijawab oleh diri anda sendiri. keikhlasan akan dapat dibuktikan melalui sejauh manakah penerimaan anda terhadap rakan anda, sejauh mana anda dapat melayan kerenah mereka dan sejauh mana anda boleh membimbing mereka kearah yang lebih baik. jangan terus menghukum tanpa sebarang penjelasan dan jangan jadikan rakan sebagai musuh kerana ianya teramatlah menyakitkan.

kejujuran perlu dititikberatkan demi keberhasilan sesebuah perhubungan. berterus-terang dengan setiap perkara yang mendatangkan rasa tidak puas anda terhadap rakan. walau sebesar dan seteruk mana permasalahan itu, kedua-dua belah pihak perlu tahu akan silap masing-masing. jangan hiraukan penerimaan terlebih dahulu kerana masalah tidak akan dapat diselesaikan dengan berdiam diri sahaja, bahkan boleh menyukarkan lagi keadaan kerana berkemungkinan akan menyebabkan salah faham. oleh itu, bertindak bijaklah sebelum membuat keputusan.

fikir-fikir dan renung-renungkanlah diri anda...

...LOVE U MY FRENDS...

sekian...
wassalam......bs1314